Friday 18 March 2011

pengalamanku

dapat col dari member .bgtau yang dia bersalin smalam..seingat aku due dia lambat lagi.oh...kena operate upenya.sbb baby tak cukup bulan.teringat aku masa lahirkan dania dulu.masa tu baru nak masuk 29 minggu.mlm sebelum masuk wad siap iron baju sbb esoknye nak pergi family day.masa ank tido terasa macam air mengalir kat celah paha.tengok2 rupanya darah..gelabah beruk sbb darah kluar bnyak.tp tak sakit.terus hubby bwk g spital serdang.masa doktor check dia kata uri aku kebawah atau nama kedoktorannya plasenta previa.doktor ckp aku punya type 4.tu kira serius la tu.sbb kandungan aku bru nak masuk 29 minggu doktor tak boleh buat apa kecuali tahan wad sehingga bersalin.Mak aii..lambat lg tu.takkan aku nak duduk kat wad lama2.seumur hidup aku nilah kali pertama aku masuk spital.doc kata elok dok spital sbb dia tak nak bg banyak bergerak.sbb klu banyak bergerak bleh tumpah darah lagi.aku plak boleh mintak ngan doktor lusa jelah saya masuk spital sebab esok sy nak join family day kat desa waterpark.dengan tak bersalahnye doktor ckp takpe.dok je sini.kita berfamily day aje dengan misi2 kat sini.masuk ari ketiga kat wad pakar datang check dia bgtau nak balik umah tak...wah..seronoknye ati.yelah dok kat wad bukan best pun.mkn tido je.dia pesan jangan buat keja berat yang penting jangan ehem..ehem,,ngan suami..yelah..yelah....Yang penting aku dapat dok kat umah sbb masa tu akademi fantasia dah nak final.dapatlah aku lyn final nanti. balik umah je bru 4 ari aku bleading lagi.kena g spital lg.smpai sana doktor tanya awak buat apa kat umah??awk bersama ngan suami ke?dan bermacam2 soalan lg.kali ni dia bgtau lepas ni awk dok jelah kt sini smpai bersalin...adoi...parah...so doklah kat spital.masuk ari ke 2 pkul 11 mlm aku rasa darah mengalir kat celah paha.tp tak rasa sakit sikit pun.yang tragisnye pas tu darah tersembur2 kuar.aku tak panik misi2 pulak yang panik.doktor dtg dia suruh jgn mkn apa2.standby je klu darah tak berhenti gak terpaksa bersalin cr caesar.mak ai..ngeri plak dengar.kul kul 2 darah kluar balik.jd dorang terpaksa bwk ke labor room.masa doktor check, jantung baby dah lemah.kena operate gak.doc suh suami aku dtg tp masa hubby aku kat nilai,takkan sempat dtg punya.nak tak nak aku terpaksa sign sendiri surat kebenaran.sebelum tu doktor dah siap ckp awal2 klu bleading berterusan masa tengah operate atau selepas  dia akan buang rahim..tu je ayat yang aku ingat..anak yang ada belum tentu selamat ni nak kena buang rahim plak..mmg sedih gler time tu..sebelum kena operate tu aku tel hubby..sedih  time tu sbb dah la anak sulung.hubby pun takde kt situ.dia cuma pesan suh ngucap bnyak2.ingat tuhan.jangan sedih2..yang sedihnya masa baby kuar aku dengar slow je suara dia menangis.pas tu doktor cepat2 bwak dia g entah mana.alhamdulillah bila semua dah selesai doc ckp semuanya selamat.cuma doctor bgtau anak aku kena masuk incubator dan diberi bantuan pernafasan.Hari kedua baru aku dpt tengok baby aku.masa tu sedih tak tahu nak ckp sbb aku tengok dia kecik sgt.Cuma 1.2 kg je..setelah berulang alik ke spital selama 46 ari utk tgk anak kat nicu  akhirnya ank aku dibenarkan kluar.masa tu berat dia cuma 1.6kg jew.

 DANIA YASMIN HARI KE-3
  BERAT 1.2KG

No comments:

Post a Comment